Apakah
itu Dadah?
Dadah
atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Definisi Dadah
Menurut Kamus Dewan Melayu –
Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian,
untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse”
atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya
“drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu
istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah
laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup
kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa
jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan
“antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi
dan coklat
juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”.
Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan
minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah
adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan
ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh
itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import,
eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis
dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah
yang disalahguna”.
·
Ciri-ciri
Dadah
·
Mempunyai
kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
·
Digunakan
bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
·
Diperoleh
secara haram
·
Membawa
kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
·
Mendatangkan
kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat
ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
·
Opiat
dan Opiat sintetik
·
Stimulan
·
Ganja
·
Halusinogen
·
Depresen
·
Ubat-ubatan
dan bahan-bahan yang disalah guna
Opiat
Dadah
jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada
buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu
candu, morfin dan heroin.