SKETSA BENCI DARIH

SKETSA BENCI DARIH

SKETSA MEMBANTERAS DARIH

SKETSA MEMBANTERAS DARIH

PELANCARAN LALUAN PPDa

PENGLIBATAN MENYELURUH DARI WARGA SKETSA

WARGA SKETSA BENCI DARIH

www.ppdasketsa.blogspot.my

PENGIKTIRAFAN DARI JPN PERAK

MENDAPAT JOHAN LALUAN PPDa DAN MEWAKILI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN

SK TOH SAJAK































Pra Penilaian
















Warga Pendidik Dan Ikon SKETSA







Ikon Pendidikan SKETSA

YB DATO' DR HJ. MUHAMMAD AMIN BIN ZAKARIA
(ADUN Batu Kurau merangkap Pengerusi Jk Pendidikan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau)



Ikon Profesional SKETSA

Dato' Zuhuri Bin Ahmad

Kajian Tindakan

Pembentangan Kajian Di SMK Raja Permaisuri Bainun Tindakan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SK Toh Sajak.

























INFO DADAH

Apakah itu Dadah?

Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Definisi Dadah

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
 Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
            Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
           
              Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

·       Ciri-ciri Dadah

·         Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
·         Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
·         Diperoleh secara haram
·         Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

·         Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang


Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
·         Opiat dan Opiat sintetik
·         Stimulan
·         Ganja
·         Halusinogen
·         Depresen
·         Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Opiat

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.



Khidmat Bantu CCRC Batu Kurau









Sumbangan & Penghargaan




Sumbangan Poster Antidadah  Dari JPN Perak
( En Sandy Yusman )

Sumbangan Bahan  dari Pegawai PPDa PPDLMS
(Pn Norehan Binti Yusoff)


Sumbangan batu nisan dari pengusaha batu nisan
(En Amin Khairi Bin Mahmud Zahidin)



Sumbangan papan tanda dari Agensi Antidadah Kebangsaan